CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 26 Disember 2012

Menarik dari Owh So Muslim

Salam 1 Malaysia,

             Hari ini saya ingin kongsi satu lagi bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan ini saya dapat daripada sebuah laman web owhsomuslim . Ianya sebuah laman pendidikan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Ada banyak bahan-bahan yang boleh dimuat turun. Walaupun bahan yang ditunjukkan itu dalam Bahasa Inggeris, tapi penggunaan bahasa Inggeris mudah difahami tambahan lagi doodle kartun yang sangat menarik. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk melihat dan membacanya. Contohnya  gambar seperti di bawah; mengenai adab-adab dalam Islam. Ada juga bahan cara mengambil wudhuk, dan banyak lagi.



ini adalah sebahagian bahan yang terdapat dalam laman web tersebut. Oh ya satu lagi, selain daripada gambar-gambar di atas, terdapat bahan - bahan lain yang boleh terus di download dalam bentuk PDF. So, rakan-rakan bolehlah layari laman yang tertera di atas. Selamat menerjah laman tersebut. Sekian Terima Kasih.


Selasa, 18 Disember 2012

Find Letter Worksheets

Salam 1 Malaysia,

             Seperti yang telah dijanjikan dalam pautan Download Bahan. Saya ingin menambah bahan lembaran kerja yang hanya sempat saya masukkan Find Letter sehingga huruf d sahaja. Oh ya lembaran kerja tersebut saya download daripada sebuah laman web pendidikan sini, di pautan Alphabets Tracing Worksheet. Hari ini saya ingin menambah lembaran kerja tersebut sehingga huruf z. Harap rakan guru boleh melihat dan download terus pada link ini

Find Letter e,

Find Letter f,

Find Letter g,

Find Letter h,

            Ok selebihnya bolehlah rakan-rakan guru download di pautan Download Bahan. Dipautan tersebut saya masukkan semua lembaran kerja sehingga huruf z..Sekian Terima Kasih..

Khamis, 13 Disember 2012

Build Mr. Bones

Salam 1 Malaysia,

             Pada malam ini, saya ingin berkongsi satu lembaran kerja sains yang sangat menarik bagi saya. Lembaran ini saya download daripada sebuah laman web pendidikan. Di bawah ini saya sertakan pautan untuk download lembaran ini.

            Selain daripada lembaran kerja di atas, rakan-rakan boleh juga pergi ke halaman Download Bahan, di situ ada lembaran kerja yang menarik dan boleh di download terus. Selamat Berblogging dan Sekian Terima Kasih

Rabu, 12 Disember 2012

Cuba Jaya Buat Jadual Waktu Pra

Salam 1 Malaysia,

            Dah pagi tapi mata tak mengantuk pula, hati terusik dan bersemangat rasanya bila melihat beberapa orang rakan guru prasekolah buat jadual waktu prasekolah yang cantik. Teringin juga nak menghasilkan jadual pra yang cantik sepertimana mereka hasilkan. Tapi saya buat setakat mana yang mampu. Jadual yang saya hasilkan ini tidaklah menarik dan secantik jadual waktu prasekolah rakan-rakan guru lain buat. Jadual yang saya hasilkan sekadar contoh, rakan-rakan boleh hasilkan yang lebih menarik lagi. Cubalah...

            Rakan-rakan yang ingin melihat contoh jadual yang saya hasilkan bolehlah klik pada pautan ini. Rakan guru boleh juga download sebagai panduan.
         Oklah sekian sahaja untuk pagi..Selamat Mencuba..Terima Kasih



Isnin, 10 Disember 2012

Science & Fine Motor Worksheets

Salam 1 Malaysia,

             Selamat malam semua blogger..malam ni agak lewat sikit menaip dalam new entri ni..mata masih belum mengantuk. Ok kawan-kawan malam ni saya ingin berkongsi tentang lembaran kerja yang berkaitan dengan sains untuk prasekolah. Lembaran kerja yang upload ni dalam sebuah laman web pendidikan iaitu http://homemade-preschool.com/ . Pautan ini ada banyak lembaran kerja yang menarik untuk kanak-kanak. Rakan-rakan boleh terus klik ke link tersebut. Gambar di bawah adalah sebahagian daripada lembaran yang terdapat di dalam laman web tersebut.








Oops maaflah rakan-rakan, gambar yang saya masukkan dalam entri tak cantik, sebab ambil guna kamera. So ada baiknya rakan-rakan  eksplore terus  ke laman yang saya taip di atas ye. Semua lembaran kerja yang terdapat dalam laman web tersebut dalam bentuk PDF. Semuanya adalah free printable PDF. So jangan lupa tau,selamat melayari laman tersebut dan enjoy ye.. Sekian Terima Kasih

Selamat Malam Semua


Isnin, 3 Disember 2012

Lagi Lembaran Kerja

Salam 1 Malaysia,



             Selamat malam semua, sesi upload lembaran kerja baru yang saya layari  tadi di www.worksheetfun.com, banyak koleksi lembaran kerja untuk awal tahun. Lembaran kerja yang saya upload dalam entri ini adalah sebahagiannya sahaja. Jadi rakan-rakan bolehlah layari laman web tersebut dan boleh download lembaran kerja yang berkaitan dan bersesuaian dengan murid anda.





Ermm..cukuplah setakat malam ini sahaja. Nanti ada masa saya upload lagi lembaran kerja yang menarik. Rakan-rakan boleh download terus lembaran kerja yang ada ye..sekian terima kasih..

Selamat Malam..


Sabtu, 1 Disember 2012

Lembaran Kerja untuk Awal Tahun

Salam 1 Malaysia,
        
                                   

            Alhamdulillah hari ini baru ada kesempatan hendak mengupdate blog prasekolah. Walaupun cuti sekolah..tapi cikgu seperti saya kadang-kadang cuti-cuti inilah masa hendak menyiapkan apa yang perlu untuk tahun hadapan. Sibuk dengan membuat rekod, failing murid yang baru, takwim 2013, rekod daftar murid prasekolah, membersihkan dan menceriakan dalam dan luar kelas prasekolah bersama dengan pembantu pengurusan murid untuk persediaan tahun hadapan. Kalau diikutkan masa 24 jam itu tak cukup rasanya..banyak yang perlu dibuat.

Oh ya, pada petang ini, saya ingin berkongsi lembaran kerja yang saya upload daripada satu laman web di www.a-heart4home.blogspot.com. klik pada free printable di dalam pautan laman tersebut. Lembaran menulis dan mewarna gambar Aa - Zz. Sekiranya ianya berguna untuk murid-murid, rakan-rakan guru boleh download terus gambar yang saya masukkan dalam entri ini.























Inilah sahaja yang dapat saya kongsikan pada petang, insyaAllah akan datang saya akan upload lagi bahan atau lembaran kerja yang bersesuaian untuk kanak-kanak prasekolah. Rajin-rajinlah layari laman blog saya ini. Selamat berhujung minggu dan sekian terima kasih