CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 18 Januari 2015

Emotion Craft

Assalamualaikum wbt,


      Hai semua, selamat malam. Straight to the point, sebelum saya melelapkan mata, di sini saya ingin berkongsi bahan kraft menarik dari sebuah laman blog yang mengongsikan kraf mengenai emosi. Lamannya anda boleh klik di sini  http://skizzenblog.clausast.de/2010/03/the-incredible-moodbear.html. Rakan guru boleh menggunakan kraft ini sebagai set induksi sebelum memulakan PdP. 
   
        
Klik SINI
      Ok, rakan guru boleh klik pada link bawah gambar dan ia terus kepada  laman blog tersebut. Setelah itu, rakan guru boleh klik pada image yang tersedia untuk di download dan save dalam lappy atau komputer.  Selamat melayari dan selamat mencuba. 

Sekian, terima kasih dan selamat malam..






Khamis, 15 Januari 2015

Lembaran Pra Tulisan

Assalamualaikum wbt,


      Sebelum tidur ambil kesempatan untuk kongsikan bahan yang saya edit sikit dari rakan guru kita Pn. Raheela Azlan. Saya ambil sebahagian daripada lembaran yang pernah beliau kongsikan dengan penambahan bahan yang saya google untuk latihan pra tulisan murid prasekolah.

      Lembaran ini saya beri pada murid sewaktu pendaftaran prasekolah pada 29.12.2014 yang lalu. Lembaran ini sedikit sebanyak bagi melembutkan jari jemari dan koordinasi mata tangan mereka. Rakan-rakan guru yang sudi dan berminat bolehlah klik dan link di LATIHAN PRA TULISAN yang tidak seberapa. Diharap lembaran ini dapat memberi manfaat pada rakan semua. Selamat mendownload..Sekian, terima kasih



Lembaran Kenal Huruf

Assalamualaikum wbt,


       Hai selamat malam kawan-kawan, agak lewat juga saya online. Kebetulan baru sahaja selesai menyiapkan satu lembaran untuk murid esok. Malam ini saya ingin kongsi lembaran yang tidak seberapa baik untuk kawan-kawan. Sesiapa yang sudi bolehlah klik pada link di bawah ini.



        Semoga lembaran yang dikongsi beri manfaat pada rakan-rakan semua. Sekian Terima Kasih..



Rabu, 14 Januari 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt,

          Syukur bertemu kembali kita pada tahun 2015. Diharap pada tahun 2015 ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua murid-murid di prasekolah yang baru sahaja melangkah ke dunia baru di sekolah. Alhamdulillah pada tahun ini murid prasekolah Permata Hati seramai 20 orang, 10 lelaki dan 10  lagi perempuan.

          Pada hari ini saya berasa seronok melihat keletah anak-anak murid yang baru pertama kali belajar di prasekolah. Aktiviti pada minggu ini minggu orientasi. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah mengoyak kertas warna untuk membuat aktiviti kolaj awan mengikut ruang..