CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 26 April 2016

Origami Pakaian

Assalamualaikum...dan Selamat Tengahari,


        Hai kawan-kawan, godek punya godek dalam google terjumpa cara-cara melipat pakaian daripada helaian kertas. Excited mengupload picture nak melipat atau origami ni. Sesuailah dengan tema kita minggu ini pakaian dan aksesori. Rakan-rakan boleh simpan gambar di bawah sebagai rujukan untuk melipat..manalah tahu dah lupa cara nak melipat. 

     Gambar ini saya jumpa di laman kraf dan sesuailah digunakan dalam aktiviti perkembangan fizikal dan estetika atau perkembangan fizikal bagi kemahiran motor halus, Sebagai seorang guru prasekolah, agak mencabar juga jika mengajar anak-anak kita dalam aktiviti melipat ni. Walaupun kita dah tunjuk langkah demi langkah...tapi itulah sebagai seorang guru memang kena banyak sabar... 

        Rakan-rakan boleh klik link di bawah entri dan juga pada gambar rajah cara membuat pakaian di bawah satu persatu, sebagai rujukan




Desain Apron untuk PPM


Paper Doll Design

Assalamualaikum & Selamat Pagi,



      Hari ini nak kongsi bahan untuk aktiviti kraf kreatif kanak-kanak dalam menghasilkan anak patung kertas. Lembaran ini saya ambil daripada blog http://kidsactivitiesblog.com/. Menariknya, anak-anak kita boleh desain sendiri pakaian yang terdapat lembaran tersebut dan jadikan seperti anak patung kertas macam zaman kita kanak-kanak dulu.

         Rakan-rakan boleh klik pada link di atas atau link di bawah ini...jika ingin lebih lanjut dan banyak lagi bahan boleh layari laman blog yang berikan pada entri di atas... 



Sekian, Terima Kasih


Lembaran Ikut Tema

Assalamualaikum semua,



         Malam ni dalam entri yang baru saya ingin kongsikan lembaran yang dah siapkan dalam bentuk PDF, jadi rakan-rakan bolehkan download lembaran kerja ini sebagai latihan pengukuhan dalam pdp rakan-rakan. 

     Bahan yang saya cipta ini saya banyak ambil daripada facebook hasil perkongsian rakan kumpulan guru dalam group facebook yang saya sertai..jadi terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan guru yang sudi kongsikan bahan atau lembaran tersebut untuk dijadikan latihan kepada anak-anak murid prasekolah saya...

          Di sini, saya letakkan link bagi lembaran yang saya siapkan mengikut tema. Sudi2kanlah..Maaf jika ada bahan yang sama seperti mana rakan-rakan guru jumpa dalam facebook..tapi tidak apalah..sharing is caring..Maaf sekali jika ada kekurangan dan kelemahan dalam lembaran yang saya satukan ini...





           Rasanya cukuplah setakat ini dahulu, puas godek-godek cari fail yang saya dah buat ( bukan semua hasil saya sendiri ) -cuma siapkan dalam bentuk pdf senang tinggal nak print sahaja. Kredit  TQ kepada rakan-rakan lain dalam group facebook,pinterest n cek google ..Selamat Malam...Jumpa lagi..



Lama Tak Update..

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam,



      Alhamdulillah dah masuk penghujung bulan April...barulah hari ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog prasekolah ni...sibuknye lahai dengan aktiviti pdp dalam prasekolah. Kalau diikutkan banyak lembaran kerja yang telah hasilkan bagi murid prasekolah tahun ni. Tapi tulah masa tak mengizinkan..jadi malam ini barulah ada kesempatan nak upload lembaran yang telah saya hasilkan...

          InshaAllah pada masa ini dan akan datang saya akan cuba luangkan masa sedikit untuk berkongsi bahan lembaran yang dihasilkan samada dari laman web pendidikan atau hasil sendiri, dengan rakan-rakan semua....

Sekian, Terima Kasih...