CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan

Rabu, 7 Oktober 2015

LATIHAN KEMUDAHAN AWAM

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi,




       Alahmadulillah...pagi ini ambil masa sedikit untuk upload bahan yang lama saya siapkan bagi tema kemudahan awam. Tahun dalu, saya hanya letakkan lagu kemudahan awam, tapi kali ini, saya letakkan bahan lembaran kerja yang saya siapkan bagi tema ini. Sebenarnya agak sukar juga untuk mengajar tema ini jika tiada bahan yang sesuai. Terdapat juga lembaran lain yang saya selitkan dalam tema kemudahan awam.
      Harap-harap rakan-rakan sudi kiranya gunakan bahan lembaran ini sebagai latihan pengukuhan kepada murid. 

Sila klik pada pautan di bawah ini, download secara percuma...



        Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melayari blog prasekolah ini. Sekian, Terima Kasih



Selasa, 9 September 2014

Lembaran Kerja Menulis Kenderaan Darat

Assalamualaikum wbt,



      Alhamdulillah ambil masa sekejap untuk upload bahan lembaran kerja prasekolah yang saya hasilkan sendiri untuk murid prasekolah. 


Ini adalah contoh lembaran yang telah dihasilkan oleh murid prasekolah..


Sekiranya rakan-rakan berminat boleh klik pada link yang telah saya paparkan pada atas gambar latihan murid itu. Sekian,Terima Kasih..



Khamis, 4 September 2014

Kenderaan Udara

Assalamualaikum wbt..


      Alhamdulillah..masih ada kesempatan nak kongsi lembaran kraf menarik yang saya download dalam laman web http://learncreatelove.com/, untuk tema kenderaan udara. Sebenarnya, sebelum ini saya telah memasukan lembaran kraf ini dalam koleksi lembaran kerja. So, memudahkan rakan-rakan, saya letak pada laman utama dalam entri kali ini.

      Rakan guru boleh klik pada link di bawah, save as terus dalam lappy anda.









Sekiranya rakan guru ingin melihat lebih lanjut bahan-bahan menarik, boleh terus layari laman web yang saya nyatakan.. Sekian, terima kasih....


Khamis, 3 Oktober 2013

Sail Boat Craft

Salam 1 Malaysia,

             Ingin kongsi satu lagi kraft simple dan menarik tema kenderaan iaitu kapal layar. Kraf kapal layar yang menggunakan kertas dan membuat lipatan yang dikenali sebagai origami. Aktiviti ini saya dapati dalam sebuah laman web iaitu Wall Parenting. Anda semua boleh mencuba. Lihat contoh gambar di bawah:










Selamat mencuba rakan-rakan..dan semoga berjaya (^ ^)



Transportation

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah, pagi ni curi masa skit untuk upload aktiviti bagi tema kenderaan. Banyak terkumpul dalam lappy, jadi ada kesempatan pagi ingin komgsi bahan dengan rakan-rakan. Harap rakan-rakan guru suka dan bolehlah download aktiviti yang saya masukkan dalam entri kali ini. Bahan-bahan ini saya download dari sebuah laman web pendidikan iaitu learnlovecreateve dan english4kids.




Lembaran untuk tajuk keretapi 1-4 adalah bersambung. Aktiviti untuk keretapi boleh buat dalam kumpulan. Harap-harap rakan guru sudi untuk kongsi bahan ini bersama rakan-rakan lain. Selamat Mencuba (^ ^). Sekian Terima Kasih