CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 23 Februari 2012

My Family Tree

Salam 1 Malaysia,

             Ermm sebelum terlupa dan kelupaan..pada tempohari saya dah janji nak letak gambar hasil kerja murid iaitu "my family tree".

 
ini gambara pokok..pokok ini murid boleh warnakan dengan warna krayon. Cikgu boleh bimbing murid cara mewarnakan gambar dengan warna krayon.
gambar buah epal di atas cikgu boleh buat salinan dengan kertas A4 warna merah. Kemudian beri pada murid untuk digunting. Dan dalam buah epal itu, murid boleh tampal gambar ahli keluarga mereka.


ini adalah sebahagian hasil kerja murid. Aktiviti ini boleh dibuat di rumah bersama ibubapa murid. Ini percubaan pertama mereka..tahniah mereka berjaya menghasilkannya.

Mari Mengenal Warna

Salam 1 Malaysia,

             Minggu ini..murid-murid diperkenalkan dengan warna...Alhamdulillah 90% daripada mereka sudah kenal warna dengan mudahnya. Saya banyak menekankan dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang terdapat dalam tunjang komunikasi. Banyak aktiviti yang dapat saya jalankan melalui warna ini. Antara aktiviti yang menarik seperti membuat kolaj bunga..
bila murid dah warna ikut warna yang dikehendaki murid boleh gunting dan tampal. Setelah itu, murid boleh menambah batang dan rumput..sangat cantik contohnya sperti di bawah

 ini adalah hasil kerja saya untuk abm dan sebagai contoh kepada murid. Sekiranya mudah untuk dilihat oleh murid, cikgu boleh fotokopi gambar bunga itu dan besarkan, warna, gunting dan  boleh dilekatkan pada manilakad.

Selain aktiviti di atas murid juga boleh membuat aktiviti seperti ini


bagi murid warnakan ikut pada arahan..dan aktiviti tambahan murid boleh gunting dan gantung buat mobil bintang. Mesti mereka seronok..itu cadangan aktiviti. Sekiranya kawan-kawan ada aktiviti yang lebih menarik lagi bagus..

Aktiviti yang lain pula buat mini book's warna..mereka juga dapat membaca perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris dengan bimbingan guru..aktiviti ini boleh dilayari di laman www.education.com/worksheet di sini cikgu-cikgu boleh print mini book's yang ada..dan murid boleh buat colouring mini book's contohnya

 murid boleh baca, warna ikut kehendak lembaran dan gunting. Kemudian tampal pada kertas manilakad. Melalui aktiviti ini, murid boleh kenal perkataan mudah dalam BI dan seterusnya boleh dijadikan bahan bacaan mereka di rumah. Mereka tentu suka..dan ini saya tunjukkan contoh hasil yang saya telah buat untuk murid baca di sekolah





cubalah..tentu aktiviti dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan dapat memupuk mereka minat membaca bahan yang mudah ini..



Ahad, 12 Februari 2012

Family Finger Puppets

Salam 1 Malaysia,

             Pada waktu yang sama semalam hari sabtu yang sekolah..saya ada buat aktiviti membuat family finger puppets pada murid. Aktivitinya sangat mudah. Ada aktiviti menggunting dan mewarna gambar ahli keluarga ( kemahiran motor halus ). Alhamdulillah dalam masa 40 minit mereka berjaya menyiapkan aktiviti tersebut..dan saya turut sertakan link untuk aktiviti ini www.crayola.com situ ada contohnya..atau terus klik pada image di bawah..

worksheet dari www.crayola.com


Nilah hasilnya ermm tak nampak sangat sebab kecil ikut jari murid..Tahniah semua muridku..

               Ada lagi aktiviti yang saya buat selain dari family finger puppets ni..aktiviti family tree..masih ada murid lagi yang belum siapkan salahsilah keluarga mereka..jadi family tree tu projek murid bersama penjaga atau ibubapa mereka di rumah..insyaAllah dah siap semua nanti saya akan upoadkan hasil kerja mereka.

Mari Menyanyi

Salam 1 Malaysia,

             Sabtu semalam hari sekolah ganti..alhamdulillah 90% murid prasekolah hadir. Ajar mereka menyanyi lagu sayang keluarga. Mereka suka nyanyi lagu tu sebab lagu tu ikut rentak Aspalela nyanyian lagu Apek Saiful.
Liriknya pun sangat mudah mereka ingat dan mereka terus lancar nyanyi dan liriknya pun kita boleh tambah sendiri yang ada kaitan dengan keluarga..cubalah..tentu seronok..

Sayang ibu..
Saya sayang ibu..

Sayang Ayah..
Saya Sayang Ayah..

la la la la,la la la la la la
la la la la, la la la la la la

Sayang adik
Saya sayang adik..

Sayang abang..
Saya sayang abang..

la la la la, la la la la la la 
la la la la, la la la la la la
( nyanyi bhgian c/o lagu aspalela )


Sabtu, 11 Februari 2012

This is the way brush our teeth!!

Salam 1 Malaysia,



             Hari ini tengah seronok and kusyuk mengajar, tiba-tiba muncul jururawat pergigian depan pintu..hehe
tak sangka pulak mereka nak datang hari ini..kelupaan pula cikgunya..ada surat mereka beri, cuma lupa nak tengok tarikhnya..
            Jururawat datang nak buat ajar and latih murid cara memberus gigi dengan betul..seronok tengok mereka memberus gigi ni..program ni memang tiap-tiap tahun ada...cumanya murid setiap tahun berganti baru..sempatlah juga ambil gambar untuk di upload..

jururawat memberi sedikit ubat gigi pada murid-murid
cara-cara nk memberus gigi..



berus..berus jangan tak berus..
                Aktiviti hari ini memberus gigi bersama jururawat..yang penting murid-murid ini dapat ilmu cara dan bagaimana hendak memberus gigi dengan betul..terima kasih pada jururawat-jururawat yang memberi tunjuk ajar...