CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Dan Pentadbiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Dan Pentadbiran. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015

Alhamdulillah Rezeki Anak Didikku

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat,


      Alhamdulillah, hari ini hari terakhir sekolah dalam minggu ini sebelum cuti sekolah pada esok, iaitu 30 Mei 2015, lapang sikit hati ini, sebab baru saja selesai Karnival Sukaneka dan Mini Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Jempol Jelebu, di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 hingga 28 Mei 2015 ( Rabu dan Khamis ). Tahniah diucapkan kepada tuan empunya tanah yang berjaya dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa kepada Ajk dan urusetia yang memberi kerjasama yang baik semasa program itu dijalankan.

       Alhamdulillah nak maklumkan juga, peserta iaitu murid SK PULAPAH turut menyertai dalam program tersebut di mana kami menyertai 3 acara sukaneka dan 3 lagi acara olahraga. Tahniah kepada anak-anak didiku yang berjaya mendapat tempat di dalam acara sukaneka Jumping Ball iaitu Naib Johan dan juga Tempat ke 3 dalam acara larian 50meter lelaki. Syabas!! tahniah anak didikku..Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda. Selebihnya anak didikku yang tidak berjaya mendapat tempat... Insha Allah ada rezeki anda di kemudian hari. Walau apa pun, bagi cikgu dan ppm merasakan anak didik prasekolah semuanya berjaya dalam melaksanakan program tersebut. Sebanyak 59 buah kelas prasekolah yang menyertai sukaneka dan olahraga yang dijalankan di sekolah tersebut. 


Ahad, 5 Ogos 2012

Lawatan Penanda Aras Di SK Palong 1

Salam 1 Malaysia,

           Akhirnya dapat juga buat lawatan penanda aras di SK Palong 1, yang telah lama kami rancang bersama dengan guru besar sejak dari tahun lepas. Kebetulan pada masa yang sama sekolah saya masuk dicalonkan untuk masuk bertanding dalam APT ( Anugerah Prasekolah Terbilang) dalam kategori 3K. SK Palong iaitu prasekolahnya telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut pada tahun 2010. Sebelum ini prasekolahnya juga banyak menempa kejayaan dan anugerah  APT dalam pelbagai kategori dari tahun 2009 sehingga tahun 2010.

           Objektif lawatan tersebut adalah sebagai panduan dan rujukan pada kami sebagai guru untuk menambahbaik apa yang telah ada dan wujud di prasekolah dan sekolah. Selain dari itu, ia sebagai pembakar semangat kepada kami untuk berusaha lebih gigih lagi dalam 3K, seterusnya dapat mewujudkan suasana bermakna semasa bermain di dalam penjanaan minda kanak-kanak.

           Di sini terdapat gambar-gambar yang kami snap semasa lawatan tersebut.
Pondok bacaan dalam kelas..

kawasan luar kelas..ini adalah sebahagian sahaja
Ruang rehat
tepi bahagian ruang makan, mural ini dilukis dan diwarnakan oleh PPM SK Palong 1..Pn. Suzilah

alat bantu mengajar dalam kelas..














Anugerah yang telah diterima...







sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami snap..tapi ini sahaja yang dapat saya upload..menunggu buffer dia berpusing-pusing lama sangat. Gambar yang saya masukkan ini pun hampir 2 hari.. walauapapun ini sahaja yang dapat saya kongsi...terima kasih

Selasa, 20 September 2011

SMPK- Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Salam 1 Malaysia,

              Malam ni nak tengok dan update maklumat murid prasekolah..membuat kepastian..semua maklumat dah dimasukkan dalam online. Sekarang semua maklumat murid kena online...Alhamdulillah..selesai..update kepada guru-guru/ibubapa atau penjaga murid prasekolah bolehlah merujuk di laman http://spk.moe.gov.my sekiranya ada sebarang maklumat terkini mengenai anak murid boleh menghubungi pihak sekolah untuk tindakan atau maklumat lanjut..kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..terima kasih..

Maklumat di bawah adalah gambaran pada paparan utama dalam data murid SMPK...

Maklumat Institusi
Kod Institusi : NBA6021
Nama Institusi : SK PULAPAH
Agensi Pelaksana : KPM

Carian
Nama Institusi :
Negeri :
PPD :
Agensi Pelaksana :

Senarai Murid : 12


  •  Isihan default senarai adalah pada lajur Nama.



  •  Klik pada lajur yang hendak diisih.



  •  Klik pada Nama Murid untuk paparan butir-butir selanjutnya.




  • Tambah Murid

    Bil Nama Murid ID Murid Jantina Kelas Status
    1. AHMAD SADIQIN BIN ZAINAL MOKHTAR 050403050105 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    2. AMIRUL IRFAN BIN SHAMSUDIN 050305050179 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    3. MOHAMAD HEIDI HAIKAL BIN MOHAMAD HELMI 051018100617 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    4. MOHAMMAD AMIRULLAH BIN SULAIMAN 051112030619 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    5. MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN SHAHRIL 051016020023 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    6. MUHAMMAD ALIF ADHA BIN MASHAIRI 050123010301 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    7. MUHAMMAD IHTISHAM BIN JAMARI 050821110203 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    8. MUHAMMAD NABIL NAIM BIN MOHAMAD DAROS 050517050269 L PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    9. NUR HURIN NAJLA BINTI MUZAIFUASRI 050624050088 P PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    10. NUR SYAFIAH BALQIS BINTI MOHD AZAM 050403010576 P PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    11. NUR SYAHIRA NATASYA BINTI ISMA SAMSULZAMANI 051019050084 P PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF
    12. NUREEN ZALIEYA QISTINA BINTI MOHD ZAFIFI ZULKHAIRIE 050928030502 P PRASEKOLAH PERMATA HATI AKTIF


    Sabtu, 18 Jun 2011

    Warga SK PULAPAH


    Inilah barisan warga SK PULAPAH 2011 semasa Sambutan Hari Guru
     "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
    Berdiri Atas dari kiri: En. Mohd Azhanorazam Kamis, En. Syahrul Rezza Mohd Zamri, En. Md. Zolman Che Man, Pn. Zain Nurain Zainal Abidin, Pn. Mimi Marlini Mat Rozi, Pn. Noor Hida Noh, Pn. Zuraidah Aluwi, Pn. Seri Pawati Kasrol, Pn. Norijah Lok Mat dan Pn. Rosmayanty Rosly.
    Berdiri Bawah dari kiri: EnEn. Syed Zulkefli Syed Ismail (GPK KO), Mohd. Norsani Mahat (GPK HEM), En. Shahriman Yusoff  (YDP PIBG), Pn. Hjh. Norma Ahmad ( Guru Besar ), En. Mohd. Noor Ramli (GPK 1), Pn. Noraliza Yahid dan Pn. Nor Hafizah Md. Razi.

    Khamis, 19 Mei 2011

    Sejarah Prasekolah SK PULAPAH

    Prasekolah SK PULAPAH telah dibina pada tahun 2004. Prasekolah SK PULAPAH mula beroperasi pada tahun 2005. Atas usaha Kementerian Pendidikan untuk membina bilik prasekolah di SK PULAPAH supaya anak-anak polis ini bersedia ke alam persekolahan dan mendapat pendidikan awal yang sempurna. Bilik prasekolah ini berada ditingkat bawah bangunan A yang asalnya dahulu adalah sebuah surau SK PULAPAH. Keluasan bilik prasekolah SK PULAPAH adalah 30 x 25 kaki persegi. Selain itu, bilik prasekolah ini mempunyai satu ruang pengajaran dan pembelajaran, satu ruang dapur dan bilik stor yang kecil. Prasekolah ini mempunyai 2 bilik air, satu bilik air untuk murid perempuan, satu lagi untuk murid lelaki. Pada tahun 2007, prasekolah SK PULAPAH pernah menjadi tuan rumah pada Karnival Prasekolah untuk peringkat Daerah Jempol & Jelebu. Sebanyak 54 buah kelas prasekolah yang menyertai pertandingan tersebut. Dengan adanya pertandingan tersebut prasekolah SK PULAPAH mula dikenali. Semua kejayaan yang dicapai oleh prasekolah SK PULAPAH adalah atas usaha dan kerjasama semua pihak sekolah dari pihak pentadbiran, PIBG, rakan guru, staf mahupun murid-murid yang terlibat sama dalam menaiktaraf prasekolah SK PULAPAH. Dengan sokongan dan kerjasama mereka prasekolah kini sudah ditahap yang membanggakan. Alhamdulillah..