CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 29 Mei 2015

Ikan Oh Ikan Kenapa Kau Comel??

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam,

      Hai..bertemu kembali...ada gambar menarik yang saya teruja nak kongsikan bersama rakan-rakan. Boleh dijadikan sebagai BBM atau perhiasan di kelas prasekolah ataupun bilik darjah. Comel sangat-sangat.

      Seperti biasa dan selalunya, imej ni saya google di TeacherPayTeacher secara percuma. Kredit kepada Krista-Wallden yang share bahan ini secara percuma di TPT. Ini adalah sebahagian daripada imej yang terdapat dalam fail tersebut. Rakan-rakan boleh layari terus laman tersebut, dan daftar secara percuma. Cubalah ye..



comel tak ikan-ikan di atas...anda boleh klik pada imej dan save as dalam lappy anda @ nak lebih banyak yang menarik dari Krista Wallden klik pada link di atas dalam entri yang saya masukkan ini. Selamat malam...

Pensel

Assalamualaikum wbt,


      Hai.. kawan-kawan ada lagi bahan yang ingin saya kongsikan pada rakan-rakan. Comel sungguh pensel yang saya jumpa dalam laman web...https://www.teacherspayteachers.com/Store/Krista-Wallden.
Saya letak sebahagian image yang ada dalam laman blog tersebut. Boleh share pada rakan-rakan lain. 



Rakan-rakan boleh klik pada link untuk image yang seterusnya nanti..sekian dulu..sekian terima kasih




Alhamdulillah Rezeki Anak Didikku

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat,


      Alhamdulillah, hari ini hari terakhir sekolah dalam minggu ini sebelum cuti sekolah pada esok, iaitu 30 Mei 2015, lapang sikit hati ini, sebab baru saja selesai Karnival Sukaneka dan Mini Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Jempol Jelebu, di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 hingga 28 Mei 2015 ( Rabu dan Khamis ). Tahniah diucapkan kepada tuan empunya tanah yang berjaya dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa kepada Ajk dan urusetia yang memberi kerjasama yang baik semasa program itu dijalankan.

       Alhamdulillah nak maklumkan juga, peserta iaitu murid SK PULAPAH turut menyertai dalam program tersebut di mana kami menyertai 3 acara sukaneka dan 3 lagi acara olahraga. Tahniah kepada anak-anak didiku yang berjaya mendapat tempat di dalam acara sukaneka Jumping Ball iaitu Naib Johan dan juga Tempat ke 3 dalam acara larian 50meter lelaki. Syabas!! tahniah anak didikku..Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda. Selebihnya anak didikku yang tidak berjaya mendapat tempat... Insha Allah ada rezeki anda di kemudian hari. Walau apa pun, bagi cikgu dan ppm merasakan anak didik prasekolah semuanya berjaya dalam melaksanakan program tersebut. Sebanyak 59 buah kelas prasekolah yang menyertai sukaneka dan olahraga yang dijalankan di sekolah tersebut. 


Ahad, 17 Mei 2015

Labu Labu....

Assalamualaikum....



         Ada lagi bahan menarik ingin saya kongsikan bersama dengan rakan guru semua..tapi sebelum itu seperti kebiasaanlah saya akan kongsikan laman blog yang saya download bahannya   di http://www.teacherspayteachers.com/Store/Krista-Wallden. jika berminat sila ke link yang saya share di entri..untuk lebih banyak lagi clip art yang percuma dan menarik..
                               Saya kongsikan sebahagian sahaja clip art di entri ini, 




Sekian selamat malam (^___^)



Aiskrim Cute!!

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam,



         Alhamulillah...rasa lapang hari ini, sudah lama saya tidak muncul dalam blog ni..Sibuk awal tahun dengan program sekolah dan assignment. Malam ini baru ada kelapangan nak jenguk-jenguk blog prasekolah ni. 

        Malam ini saya ingin kongsikan bahan yang saya sempat google malam tadi..aiskrim yang sangat cute dan comel. Mana guru-guru yang kreatif dan ada kesempatan nak buat BBM sila-silakan ambil bahan ini sebagai bahan pengajaran di prasekolah atau bilik darjah. Oh...sebelum terlupa bahan ini saya download dalam http://www.amazingclassroom.com/. Anda boleh layari terus untuk bahan yang lebih menarik secara percuma. 
     
            Saya akan kongsikan sebahagian gambar / image yang ada dalam link tersebut;




             Betul tak kata saya..comel sangat-sangat kan?!!..Mana yang terus berkenan boleh klik dan save image. Kredit pada laman tersebut..sebab kongsikan bahan yang comel-comel macam ni (^_^)
Sekian, terima kasih...