CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

All About Preschool

SEJARAH PRASEKOLAH PERMATA HATI
         Prasekolah SK PULAPAH telah dibina pada tahun 2004 dan ia mula beroperasi pada tahun 2005. Atas usaha Kementerian Pendidikan untuk membina prasekolah bagi memberi pendedahan kanak-kanak ke alam persekolahan dan mendapat pendidikan awal yang sempurna.
        Bilik prasekolah ini berada ditingkat bawah blok bangunan Ayang asalnya dulu adalah sebuah bilik surau. Keluasan bilik prasekolah ini adalah 30x35 kaki persegi. Selain itu juga, bilik prasekolah ini mempunyai satu ruang dapur dan juga satu bilik stor yang kecil. Prasekolah ini juga mempunyai 2 buah bilik air untuk murid perempuan dan murid lelaki.
          Disamping itu juga atas usaha dan kreativiti,  guru prasekolah  akan menyediakan pusat – pusat pembelajaran yang berkonsepkan Standard kandungan dan standard pembelajaran yang akan berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6 Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian,Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri. Untuk tujuan kesinambungan, tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah. Dalam pada itu juga, guru akan menyediakan satu ruangan informasi untuk makluman pada murid-murid dan para pelawat dan ibubapa untuk melihat tahap perkembangan anak-anak mereka.
        Pada tahun 2007 iaitu pada bulan Jun, Prasekolah SK PULAPAH mula dikenali dikalangan prasekolah Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Prasekolah SK PULAPAH pada tahun itu, menjadi Tuan Rumah untuk Karnival Prasekolah peringkat Daerah Jempol dan Jelebu.
        Selain daripada itu, Prasekolah SK PULAPAH telah menunjukkan prestasi yang baik dan membanggakan. Ini kerana, prasekolah SK PULAPAh ini telah diberi 2 bintang pada tahun 2007 dan telah meningkat kepada 3 bintang pada tahun 2008. Namun semuanya itu adalah atas usaha gigihb dan komitmen semua guru, PIBG, pihak pentadbiran dan tidak terkecuali Ajk Waris yang banyak memberi sokongan dan dokongan yang tidak henti-henti untuk menaikkan nama Prasekolah SK PULAPAH.

 


Matlamat Pendidikan Prasekolah
      Bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serat aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk mrningkatkan kemahiran, menanam keyakinan untuk membentuk monsep kendiri positif  pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran yang sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
   Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberi penekanan kepada standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6 Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian,Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri. Untuk tujuan kesinambungan, tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Objektif Pendidikan Prasekolah

                Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak 4-6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sperti berikut;
    I.      Membina kecergasan badan
   II.      Mempunyai tubuh badan yang sihat
  III.      Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
 IV.      Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
   V.      Menguasai kemhiran motor halus dan motor kasar
 VI.      Mempunyai kematangan emosi
VII.      Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
VIII.      Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
 IX.      Berkebolehan  berinteaksi dengan  orang lain
   X.      Boleh bekerja secara bersendirian dan secara berkumpulan
 XI.      Menghormati perasaan serta hak orang laon  dan seterusnya membentuk hubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
XII.      Mengamalkan nilai murni
XIII.      Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
XIV.      Berkomunikasi dalam bahasa malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian
XV.      Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
XVI.      Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan kehidupan harian dan menyelesaikan masalah
XVII.      Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
XVIII.      Mengembangkan daya kreatif dan estetika
XIX.      Menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 





WARGA SK PULAPAH




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan