CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 20 Disember 2011

Cuti vs Kerja

Salam 1 Malaysia,


             Jam dah tunjuk pukul 11.30 malam..mata masih belum mengantuk..sambil menaip kerja-kerja prasekolah untuk tahun depan..rehatkan fikiran jap mengupdate blog prasekolah..dah lama rasanya tak update blog prasekolah ni..kesibukan melanda diri..sejak cuti sekolah menjelang..walaupun cuti sebulan ni..banyak kerja yang perlu di siapkan..kemaskini..perancangan nak buat aktiviti / projek dengan mama (PPM) namun ada sedikit halangan nak laksanakan..heheh memandangkan pengasuh anak bercuti huhuhu..rasa macam tak patut pulak suruh pengasuh jaga anak waktu cuti sekolah..mummy anak-anak pun nak cuti juga..jadi sudahnya bawa anak-anak ke prasekolah sorang dua tahun, yang sorang 8 bulan..dah jadi macam taska.  Kebetulan mamanya pun sama bawa anak sama..hehhe meriahlah prasekolah..bunyi bising anak-anak..
           Walaubagaimanapun dapatlah usik lah sikit-sikit kerja yang hendak dibuat..walaupun dalam masa yang sama menjaga anak sekali..tapi alhamdulillah..dapat mama prasekolah yang rajin..ada juga projek kreatif dan informatif  yang dibuat untuk menceriakan kawasan dapur.."terima kasih mama tolong akak ceriakan kelas.."(^_~)


         Kawan-kawan cuba klik pada laman web ni..http://www.softschools.com/math/games/fishing_sub.jsp dan juga klik pada laman ni http://preschoolpalace.org/Printables.html..try to explore okay..

Isnin, 21 November 2011

Jamuan Ringan

Salam 1 Malaysia,


             Last day..bersama anak murid tersayang..makan ayam kfc goreng..ermm cuma jamuan ringan..tapi walaubagaimanapun murid tetap seronok pada masa tersebut..tak sabar nak makan ayam kfc katanya..huhu yang sedihnya...cikgunya tak sempat nak buat jamuan besar-besaran untuk mereka, kerana terlalu sibuk dengan aktiviti dan program sekolah..




              Alhamdulillah..semua dah selesai pada akhir persekolahan..selepas makan ada aktiviti salam bersalaman untuk cikgu yang akan berpindah. Cikgu dan mama nak ucapkan selamat berjuang dan belajar rajin-rajin pada tahun satu nanti..(^_^)..jangan malas-malas ye..


Jumaat, 18 November 2011

Klik Klik...Senyum + Sedih

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini hari terakhir persekolahan..esok mula cuti sekolah..Hari ini ada sesi bergambar di sekolah pakaian batik sekolah..menyerlah gitu..warna oren kekuningan. Tujuannya adalah sebagai kenangan sekolah...Oh ya sebelum upload gambar sekolah dan murid prasekolah tahun ni..ada berita baik gembira + sedih pada kami warga sekolah kerana akan kehilangan dua orang guru cemerlang....
            Tahniah diucapkan kepada Ustazah prasekolah iaitu Pn. Seri Pawati Kasrol yang akan berpindah di Klang bersama dengan suami iaitu En. Md. Zolman Che Man. Sedihnya..guru yang dah lama berkhidmat dan banyak jasa baik serta ilmu yang telah disumbangkan pada sekolah..terutamanya pada prasekolah..tak sangka beliau akan berpindah..walaubagaimanapun..kami pihak prasekolah mengucapkan.....

kami semua sayang pada ustazah Seri....Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah ditempat yang baru ye...Jasamu dikenang selalu..!!
Warga SK PULAPAH 2011
Dari kiri bawah:-En. Syahrul Rezza Mohd. Zamri, En. Azharnorazam Kamis, En. Mohd. Azri Mohammad, En. Syed Zulkefli Syed. Ismail (GPK KO), En. Mohd. Noor Ramli ( GPK 1 ), Pn. Hajah Norma Ahmad ( Guru Besar ), En. Mohd. Norsani Mahat ( GPK HEM ), En. Md. Zolman Che Man, En. Hamdan Lihin ( PAR ). Dari atas kiri:- Pn. Suriati Md. Yusof, Pn. Noorhida Noh, Pn. Mimi Marlini Mat Rozi, Pn. Nor Hafizah Md Razi, Pn. Zain Nurain Zainal Abidin, Pn. Seri Pawati Kasrol, Pn. Noraliza Yahid, Pn. Rosmawati Abd. Rasid (PPM), Pn. Rosmayanty Rosly (PRA), Pn. Zuraidah Aluwi dan Pn. Norijah Lok Mat.


Warga guru dan murid prasekolah 2011

Barisan Srikandi Sekolah


Khamis, 17 November 2011

Kostum Oh Kostum!!

Salam 1 Malaysia..

             Allahuakbar..sudah pukul berapa ni..huhuhu ni baru nk update blog..dari tadi dok tunggu line internet ok..mata pun dah kuyu ni...sebelum nak lelapkan mata yang layu ni nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 yang diadakan pada hari ini pukul 2.00 petang tadi..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
            Namun sebelum majlis ini diadakan..berbagai aktiviti yang saya buat bagi melancarkan program tersebut. Memandangkan saya selaku ajk guru persembahan, maka kenalah buat satu aktiviti persembahan murid prasekolah yang tak seberapa meriahnya..ini kerana kesuntukan masa dan kesibukan diri yang melanda..
            Murid prasekolah buat persembahan nyanyian dan gerakan lagu gajah menari..heheheh custum nya pun buat simple je..tu pun siapkan dalam masa 2 minggu..memang agak kelam kabut sikit..


mama (PPM) turut membantu dalam menyiapkan kostum harimau..aummmmmm

masih dalam proses menyiapkan kostum harimau ni..
apa yang penting kerjasama heheheheh...(^_^)
ni kostum gajah..ada yang kat belakang tu kostum pokok..simple je
               Alhamdulillah dah selesai pun buat kostum tuk nyanyian dan gerakan..tapi letih sampai kejang-kejang kaki nak siapkan baju dan latih murid menyanyi..walaubagaimanapun semuanya pun  dah selesai pada majlis HAKP tu petang tadi..walau ada sikit kekurangan pada majlis tersebut..insyaAllah akan diperbaiki lagi pada tahun hadapan..insyaAllah boleh!!! (^_^)_v
            

Ahad, 6 November 2011

Kipas Terbang

Salam 1 Malaysia,

           Semalam ajar murid buat kertas terbang..nak bagi mereka hilang penat berlatih nyanyi..minggu ni sibuk dok melatih murid nyanyian gerakan untuk persembahan masa Hari Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011
( Konvokesyen ).
           Ok..saya nak tunjuk cara-cara membuat kipas terbang..bahan-bahan yang diperlukan kertas A4, gunting dan warna pensel @ crayon..
           Cara-cara membuatnya..sila rujuk gambar dibawah ini..tengok dan buat tau...(^_^)

 lipat sebahagian daripada kertas A4 ni.. 
Gunting bahagian kertas A4 yang telah dilipat tadi
Kemudian lipat kepada dua bahagian spt di atas

Dan ini hasil daripada lipatan dua tadi

Setelah itu, lipat dua cuma sebahagian sahaja spt di atas ye..

Lepas itu lipat lagi dalam 1 cm sahaja selepas lipat yang mula-mula tadi

Dan kemudian gunting sebahagian sahaja untuk dijadikan bilah kipas pada garisan lipatan yang mula-mula tadi.

Setelah gunting bahagian bilah kipas itu, gunting sedikit bahagian bawah pada garisan lipatan yang kedua pula kiri dan kanan

Setelah menggunting bahagian tepi kiri dan kanan tadi..perlu dilipat ke bahagian dalam spt gambar di atas

Dan ini hasil lipatan kiri dan kanan pada bahagian bawah bilah kipas terbang

Dan ianya akan jadi spt gambar di atas

Selesai menggunting dan melipat, bolehlah lukis bilah kipas terbang tadi ikut kreativiti masing-masing

Setelah lukis bolehlah diwarnakan bilah kipas itu dengan cantik..
Dan nah ini hasil kerja murid dengan kreativiti masing-masing..



              Kipas terbang ini boleh dilepaskan dengan memegang bahagian 1 cm yang telah dilipat tadi..ianya akan berpusing cam kipas..semua murid saya gembira dan seronok dengan melepaskannya jatuh ke bawah lantai..
Selamat mencuba....!!!!
          

Selasa, 1 November 2011

Kursus P & P dan Pengurusan Stok Barang.

Salam 1 Malaysia,

             Semalam dari pukul 7.30 pagi gerak ke PPD Jempol Jelebu ada kursus..itu pun tau ada kursus petang Jumaat penyelaras sendiri telefon sekolah..alhamdulillah nasib baik masa tu tak balik lagi..al-maklumlah dah pukul 4 petang..kursus ni mulanya pukul 8 pagi ~ 4 petang, seharian di bilik seminar tu tak boring...input dan ilmu yang dapat pada kursus itu memang sangat bermanfaat untuk guru-guru prasekolah..banyak benda nak dikemas kini setelah dapat maklumat baru ni..

contoh contoh kraft dari pinggan kertas
contoh kraft haiwan daripada pinggan kertas...
Contoh cara nak buat kipas terbang
sing a song..HELLO Song
             Actually, banyak lagi sebenarnya gambar nak di ambil tapi tak sempat..sebabnya banyak juga aktiviti yang dijalankan..macam kraft yang kami buat..jadi dari ilmu yang saya dapat ni boleh lah tunjuk ajar kat anak murid..tentu diorang suka..
            Heheh masa pagi tadi pun, diaorang dah nampak kraft tu pun diaorang dah tak sabar nak buat..'cikgu bila nak ajar kami buat gajah tu?"..
           ( - - )' ermmmmm insyaAllah..jawabku...( pinggan kertas tak beli lagi.....)


Jumaat, 21 Oktober 2011

Birthday Boy!!

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..baru-baru ni ada sambutan birthday anak muridku..Mohammad Heidi Haikal..tengok wajah si Heidi gembiranya hingga tak terkata..sepanjang majlis harijadinya senyum je...ada lesung pipit pula tu..comel tengok dia senyum manjang..hehehe...tengok keknya pun dah menarik...siap ada picture Ben10..kartun kegemarannya lah tu...apa kata tengok gambar semasa majlis tersebut diadakan..

Happy Birthday Ady!!! ( nama panggilan )

meriah tengok keknya..perisa coklat...sedap..sedap!! (^_^)


senyum sikit pun dah nampak lesung pipitnya...comel...



happy nyanyi lagu birthday tuk Ady...



Alhamdulillah Heidi dah 6 tahun..saya dah besar...(^_^)_v

               Ribuan terima kasih pada keluarga Ady..yang telah menyediakan kek dan goodies untuk murid kami semua..kami amat gembira dan berbesar hati..


Telefonku..

Salam 1 Malaysia,
 ba..cakkkkkk!!!!

             Alhamdulillah baru dapat online malam ni..sibuk betul sejak akhir-akhir ni..almaklumlah dah hujung tahun ni ada banyak aktiviti nak diadakan..hehehe..
             Minggu tema kemudahan awam dah selesai pun..ni baru nak upload aktiviti yang telah dibuat bersama anak murid. Murid belajar buat aktiviti kraft telefon. Alhamdulillah...selesai dan hasilnya pun sangat menarik..guna bahan terbuang. Aktivitinya sangat mudah..dan inilah gambarnya... hasil daripada mereka..


senyum.....=) hehehe... semua suka dengan hasil tangan mereka sendiri..syabas anak muridku!!

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagu Kemudahan Awam

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah selesai kerja..dalam selesai kerja pun ada kerja lain nak dibuat..heheh pada hari ini. Ermm tema kemudahan awam..mula-mula kering idea nak ajar macamane..tapi alhamdulillah ada buku dan bahan rujukan dapatlah ajar murid hari ini tentang kemudahan awam..Hari ini ajar murid lagu tentang kemudahan awam..ini pun ada bahan rujukan dari Modul Pengajaran Pembelajaran dan Pembelajaran Bertema yang telah dibekalkan..senang bila ada bahan rujukan ni..heheh..ok ni lagunya..


Kemudahan Awam

Kemudahan awam untuk semua,
Ada tong sampah, gunakan ia,
Ada telefon, mudahkan kita,
Gunakan tandas dengan selesa,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
 Hidup harmoni aman sentosa.
Kemudahan awam untuk semua,
Masukkan surat dalam peti pos,
Taman permainan, tempat beriadah,
Bila melintas, guna jejantas,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
Hidup harmoni aman sentosa.

                  ( Melodi : Papa ku Pulang )               

              Macamana ok tak..senangkan..lepas ni bolehlah perkenalkan mereka tentang kemudahan awam..dan bolehlah tunjuk gambar yang ada dalam internet, atau yang betul-betulnya pun ada juga kat sekolah ni..yang penting mereka kenal, ingat, faham dan tahu penggunaan dan tentang kemudahan awam ni..


         

Rabu, 5 Oktober 2011

Jet Terbang

Salam 1 Malaysia,

              Hari ini, ajar murid buat origami jet daripada kertas..Alhamdulillah semua murid dapat buat..heheh bukan mudah nak ajar mereka melipat..kena tunjuk satu-satu..dah tunjuk pun masih ada juga yang tak boleh nk lipat macam cikgunya melipat..takpelah biasalah budak-budak...sabar cikgunya nak mengajar..heheheh
              Di sini saya tunjukkan langkah-langkah yang mudah untuk membuat jet kertas ni..hanya memerlukan sehelai kertas A4 sahaja.


langkah 1: lipat kertas A4 pada dua bahagian seperti di atas


 langkah 2: Lipat bahagian atas tepi kanan dan kiri buat seperti bentuk segitiga ikut garisan lipatan tengah
( di atas )


Langkah 3: Lipat bentuk segitiga tadi ke dalam..seperti di atas


 Langkah 4: Kemudian, lipat dua semula..


Langkah 5: Lepas itu, koyakkan sedikit bahagian hujung tepi..



Langkah 6: Nah..tadi dah koyakkan lepas itu buka balik..dan ianya kelihatan seperti di atas


Langkah 7: Ok, kemudian lipat bahagian tepi kiri dan kanan ikut garisan lipatn tengah membentuk segitiga
seperti gambar di bawah




Langkah 8: Lipat pula bahagian kecil tadi ke atas..tengok gambar kat atas ni ok..


Langkah 9: Ermm lepas tu, lipat dua lagi sekali..heheheh jadi seperti gambar di bawah



Langkah 10: Ok..lepas tu,lipat untuk membentuk sayap seperti di atas, pastikan sama kiri dan kanan
 seperti di bawah juga



Ok..Alhamdulillah akhirnya siap buat jet terbang kertas..mudah je.murid lepas ni bolehlah terbangkannya..aktiviti boleh dimainkan di padang tengok aksi mereka menerbangkan jet terbang mereka..

               Ok selamat mencuba!!!