CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 3 Ogos 2012

Itsy Bitsy Spider

Salam 1 Malaysia,

             Hari ini murid  ajar membuat kraft labah-labah, walaupun aktiviti agak mudah dan ringkas, tetapi dia menguji kemahiran motor halus murid dalam aktiviti menggunting. Murid dikehendaki menggunting kaki labah-labah dan tampal pada nombor yang betul di badan labah-labah itu.




Khamis, 2 Ogos 2012

Flitter Flutter Butterfly

Salam 1 Malaysia,

             Hampir 3 pagi, mata tak mengantuk lagi...pada hari ini murid rasa seronok sebab dapat menjalankan aktiviti kraft kreatif rama-rama..bahan-bahanya adalah kertas A4 yang telah disiap cetak gambar rama-rama, warna, solytape dan sebatang lidi. Dan inilah hasilnya...


suka hati bila tengok mereka bila nak snap picture masuk dalam blog.congratulation my childrens..


Pop Up Frog

Salam 1 Malaysia,

             Tempohari murid ada buat aktiviti kraft katak pop up frog..dan di bawah adalah hasil daripada usaha anak-anak muridku dengan bimbingan guru dan ppm






akhirnya dapat juga buat pop up katak..

Jumaat, 27 Julai 2012

Oliver the Octopus

Salam 1 Malaysia,

           Hari ini ada kesempatan sikit nak upload gambar selepas murid berjaya melaksanakan aktiviti membuat kraft sotong..Oliver the Octopus.


yeee..suka bila dah siap..


mereka seronok menjalankan aktiviti ini..tahniah semua muridku yang berjaya...

Isnin, 23 Julai 2012

Stand Card

Salam 1 Malaysia,


             Saya nak kongsi kraft yang berjaya saya hasilkan. Mungkin dari kraft yang saya bina ini, mungkin kawan-kawan dapat ubah atau edit yang boleh dikaitkan dengan tema-tema prasekolah. Kad kraft ni saya hasilkan daripada sebuah laman youtube yang telah menunjukkan cara membuat "home card". dari situ timbul idea saya nak buat kad yang berkaitan tema. Tapi gambar yang saya upload ni adalah hasil pertama yang telah saya cuba buat yang seakan sama dengan laman yang saya lihat itu.





Inilah hasil home card yang saya telah hasilkan sendiri..mungkin kawan-kawan boleh cuba untuk dikaitkan dengan tema. Selamat mencuba!!!


Itik Gembo-gembo

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini baru ada kesempatan nk update blog..sibuk tidak ada kesempatan nak upload aktiviti murid sepanjang tema haiwan ni. Alhamdulillah murid-muridku akhirnya berjaya menghasilkan aktiviti kraf itik untuk tema haiwan di ladang..rata-ratanya seronok bila mereka dapat menghasilkan kraft kreatif mereka dengan bimbingan guru dan juga ppm.

Inilah wajah murid-muridku yang telah berjaya menghasilkan itik gembo-gembo mereka 





Ini contoh bbm guru sebagai panduan murid.

Selasa, 26 Jun 2012

Kolaj Pakaian Tradisional Melayu

Salam 1 Malaysia,

           Tempohari tema pakaian, tak sempat nk upload aktiviti murid membuat kolaj pakaian tradisional kaum Melayu iaitu baju kurung dan baju melayu. Murid menggunakan bahan terbuang seperti kain perca yang tidak terpakai untuk membuat kolaj pakaian tersebut. 

Ni hasil murid yang terbaik..
Ini hasil yang seterusnya..

Berjaya akhirnya mereka melaksanakan aktiviti ini..tahniah kepada murid yang telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi..