CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 18 Mei 2013

Quilling Roses Heart, Bookmark and The Big Tree Card

Salam 1 Malaysia,

              Pada petang ini, saya ingin berkongsi kad dan penanda buku yang telah saya buat untuk guru-guru di sekolah ini sempena Hari Guru tempohari. Alhamdulillah saya telah berjaya menghasilkan 2 kad berbentuk hati, satu kad pokok dan penanda buku dengan quilling bunga ros dalam masa 3 hari. Terima kasih kepada PPM yang banyak membantu saya dalam membuat kad dan penanda buku tersebut.

kad berbentuk hati dengan quilling roses

The big tree card yang boleh dibuka di dalamnya



bookmark dengan quilling rose

 
Rakan-rakan guru yang berminat dengan quilling ini bolehlah layari mana-mana laman web dengan hanya menaip quilling paper. In sha Allah rakan-rakan juga boleh menghasilkan kraft quilling yang lebih menarik lagi. Cubalah...^^
 
 

Aktiviti Main Pasir


Salam 1 Malaysia,


             Alhamdulillah, petang ini ada kesempatan untuk mengupdate aktiviti sepanjang bulan April dan Mei yang belum sempat untuk saya letak dalam entri prasekolah. Maaflah rakan-rakan atas kesibukan yang saya lalui, menyebabkan saya tidak kesempatan untuk menambah bahan-bahan yang telah saya buat dan jalankan di prasekolah.

            Ok, pada petang ini, saya ingin menambah beberapa gambar aktiviti tema pasir yang telah saya jalankan bersama murid-murid di prasekolah di tapak perhimpunan sekolah. Alhamdulillah, secara keseluruhanya murid-murid berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Lembaran kerja untuk aktiviti tersebut saya buat berbeza mengikut tahap dan kemahiran murid.

ini lembaran kerja tema pasir, sekiranya rakan-rakan ingin lembaran kerja ini hanya klik pada image ini. Maaf jika arahan dalam Bahasa Inggeris ini ada salah dan silap. Harap rakan-rakan guru boleh perbetulkan. Terima kasih

Ini lembaran kerja 2, murid-murid hanya mewarnakan gambar bunga dan rumput, selebihnya murid-murid boleh menggunakan pasir untuk menampal di bawah pohon bunga tersebut.

Lembaran kerja 3, murid-murid mewarnakan gambar rumah, dan seterusnya mereka boleh menampal pasir di bawah gambar rumah tersebut.

Ini adalah contoh oleh guru prasekolah

murid-murid menjalankan aktiviti menampal pasir pada lembaran kerja yang diberi



 
Akhirnya, murid-murid Berjaya melaksanakan tugasan yang diberi. Tahniah kepada anak didikku..^^


Sabtu, 4 Mei 2013

Mari Kira Aiskrim

Salam 1 Malaysia,




             Curi masa sikit sebelum tidur, pagi ini ingin berkongsi aktiviti yang lepas. Ermm tak sempat saya nak update dalam blog. Tempohari, murid di ajar mengira dengan menggunakan aiskrim. Murid melaksanakan aktiviti ini dengan mewarnakan gambar aiskrim yang ada nombor 1-5 dan 1-3. Kemudian mereka dikehendaki untuk menggunting beberapa bentuk aiskrim dan di susun mengikut nombor menaik. Oh ya buat pengetahuan teman-teman, lembaran kerja aiskrim adalah hasil sendiri berpandukan gambar aiskrim seperti di bawah:


Ini lembaran kerja asal dari laman blog yang tertera cumanya saya hanya menambah nombor 1-3, murid menyusun ikut nombor.
 Dan inilah hasil yang berjaya dilaksanakan oleh anak-anak muridku..^^ berselera lihat kraf aiskrim yang mereka hasilkan.


 
Ok, saya ingin kongsikan lembaran kerja lain dalam aktiviti mewarna gambar pula..^^ aiskrim juga..


crayola.com

Kepada rakan-rakan boleh share lembaran kerja ini, dan jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda..Terima Kasih..

Khamis, 25 April 2013

Aktiviti Kraf Rumah

Salam 1 Malaysia,


             Alhamdulillah, hari ini baru ada kesempatan untuk mengupdate blog prasekolah. Al-maklumlah sejak dua tiga menjak ni ada ada hal dan program yang perlu diselesaikan. Aktiviti ini adalah aktiviti yang telah lama dijalankan sepanjang bulan Mac iaitu tema Rumah. Murid-murid membuat bentuk rumah dengan menggunakan helaian template rumah yang telah dicetak oleh guru, sebelum itu, mereka dikehendaki mewarna gambar rumah tersebut. Kemudian barulah mereka menggunting dan mencantumkannya dengan menggunakan gam. Ini hasilnya..







Inilah kraf rumah yang berjaya dibuat oleh murid-murid prasekolah. Tahniah ^^





Selasa, 5 Mac 2013

Brush Letter Y

Salam 1 Malaysia,

             Semalam murid-murid buat aktiviti main warna air untuk membentuk huruf Y. Murid diberi kad huruf Y seorang satu. Kemudian mereka meletakkan huruf Y pada kertas lukisan. Seterusnya murid diberi dengan berus gigi recycle untuk membuat aktiviti tersebut. Maka inilah hasil yang berjaya mereka buat dalam aktiviti merenjis guna berus gigi.






Ini adalah hasil yang terbaik. Tahniah kepada semua yang berjaya menghasilkan teknik merenjis guna berus gigi. Mereka kenal huruf dan boleh membilang sekali huruf Y yang telah berjaya mereka buat.

Sabtu, 2 Mac 2013

Vowel Chart Songs

Salam 1 Malaysia,

Oh ya, sebelum saya beransur untuk beradu, saya ingin kongsi bahan bantu mengajar lagu vowel song yang jumpa di laman blog pendidikan iaitu SINI dan JUGA SINI . Kita boleh gunakan lagu tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Harap rakan-rakan guru sudi download lagu carta lagu tersebut. Sekian terima kasih..selamat malam.


Q is for Quail

Salam 1 Malaysia,


             Alhamdulillah, malam ini ambil sedikit masa untuk mengupdate blog. Kebelakangan agak sibuk sedikit dengan tugas-tugas seharian di sekolah. Malam ini saya ingin masukkan aktiviti yang murid jalankan beberapa minggu lepas. Maaf agak kelewatan untuk memasukan dalam entry ini. Harap dapat dijadikan panduan dan beri manfaat buat rakan-rakan.
            Murid-murid telah menjalankan aktiviti Q is for Quail. Di bawah adalah lembaran kerja yang saya ambil dari laman web pendidikan iaitu SINI. Rakan guru bolehlah download terusn lembaran dalam laman tersebut. Selamat mencuba!



Inilah hasil dari murid-murid prasekolah permata hati. Tahniah semua..