CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 13 September 2011

Mahkota Matahari

Salam 1 Malaysia,

             Ni lagi satu aktiviti kraf membuat kad mahkota bunga matahari..sangat mudah..ni bahan-bahan membuat mahkota matahariku..Bahan-bahannya gambar bunga matahari, manilakad, gunting, gam,stapler dan dawai kokot..Mula-mula warna gambar bunga matahari dengan cantik dan kemas dengan cara mewarna bahagian tengah saja..( rujuk pada cara cikgu Fauziah dari SKDUA ~ terima kasih kak gee..)..kemudian setelah diwarna..murid dikehendaki menggunting semua gambar bunga matahari tersebut satu persatu..jenuh juga menggunting sbb kelopak bunganya kecil-kecil. Setelah itu, tampal bunga matahari itu satu persatu pada kertas manilakad yang telah siap dipotong ikut potongan dan ukuran songkok. Setelah itu, cantumkan manilakad itu untuk dijadikan mahkota..dan inilah hasilnya...




Tahniah kepada anak murid ku yang bertungkus lumus untuk menghasilkan mahkota ni...=)

Isnin, 12 September 2011

Flowers

Salam 1 Malaysia,

Aktiviti ni dilakukan sepanjang bulan ramadhan hari tu..lama dah bercendawan gambar dalam kamera ni baru ada kesempatan nak masukkan..tema pada masa itu tema bunga-bungaan..murid-murid di cara ajar nak buat bunga tulip guna kertas warna..buat bunga tulip yang simple je..tu pun jenuh juga nak mengajar..dah tunjuk satu2 pun masih ada yang tak faham..sabar je lah dah namanye budak kan..lau salah tolong tunjuk ajarkan...ni hasilnya yang telah dikumpulkan dan di letakkan pada pusat kreativiti dan estetika..cantik pula bila disusun pada sudut ini..



cantikkan hasilnya..tahniah kepada anak-anak muridku kerana dengan jayanya menghasilkan kraf bunga tulip yang menarik...

Birthday GPK 1..

Salam 1 Malaysia..

Sudah lama tak update blog ni..ni baru mula nak masukkan gambar aktiviti sebelum bulan puasa ni..Ermm ni aktiviti sebelum menyambut ketibaan bulan ramadhan..Guru besar telah membuat suprise pada En. Mohd. Noor Ramli ( GPK 1 ) pada 21 Julai 2011 hari Khamis heheh saja nk balas balik birthday yang dulu...semua seronok meraikan birthday beliau..yang seronoknya siap ada dua kek lagi..dua dua kek sedap..ada pula jamuan makan-makan..apa-apapun tahniah dan selamat melangkaui usia baru kepada cikgu Md. Noor semoga panjang umur, dirahmati serta dimurahkan rezeki selalu..insyaAllah..amin amin


Inilah wajah birthday man kita....


Guru-guru yang dah siap sedia tuk menjamu selera sebelum tu pose dulu ok...




hah ada dua kek tu..dua2 kek tu sponsor dua2 sedap..bismillahirahmanirrahim....laparr...


Staf sokongan  En. Samad yang dok tutup mulut malu lah tu ketawa besar...
dan bersama Ustazah j-Qaf ni sempat lagi tu bergossip =)

Selasa, 26 Julai 2011

Suprise Birthday Party To Boss

Salam 1 Malaysia,

Pada 21 Julai..( Khamis ) adalah tarikh hari lahir Guru besar Sk PULAPAH iaitu Pn Hajah Norma Ahmad..Majlis Hari lahir beliau kami sambut dengan ringkas sahaja tapi penuh dengan kejutan..Beliau tidak menyangka yang kami semua membuat suprise untuk beliau pada hari tersbut. Walaubagaimanapun..beliau terharu dengan kejutan yang kami buat..walaupun majlisnya ringkas..tapi semua guru dan staf gembira meraikan majlis hari lahir tersebut.


 Birthday cake for " Mrs.Boss " ~Choclate Cake~


Tersenyum GPK 1 kita..Cikgu Mohd Noor Ramli yang merupakan pencetus idea suprise birthday party GB..


Wajah ceria guru besar bila semua guru menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuk beliau..

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Cikgu Norma..
Allah Selamatkan Kamu..

Acara memotong kek....


Semua guru menanti kek yang dipotong oleh guru besar untuk disantap...


Wajah-wajah ceria guru dan staf SK PULAPAH..semua pandai posing..


Staf sokongan pun turut serta meraikan majlis ni..



"Makan time" Bismillah...sedap betul keknya...


Selasa, 12 Julai 2011

Flitter Flutter Butterfly!!

Salam 1 Malaysia..

Minggu ni dah masuk tema serangga..hari ini selepas aktiviti membaca dan menulis murid diberi lembaran kerja untuk membuat mobil rama-rama terbang..

Bahan-bahan:
Lembaran kerja Garden Critters
Warna pensel / Warna crayon
Solytape
Gunting
Lidi daun kelapa (Lidi penyapu)

1) Mula-mula murid dikehendai mewarna gambar di bawah dengan cantik dan kemas

 
2) Setelah siap mewarna murid-murid menggunting gambar serangga tersebut


ini contoh warna dari cikgu, contoh bbm untuk murid mewarna dengan cantik


3) Setelah digunting murid boleh melekatkan serangga tersebut di setiap batang lidi yang di bawa



oopss maaf ni model tangan PPM sebagai contoh untuk murid  =)



4) Ok nilah hasilnya setelah ditampal dengan lidi..cantikkan..cubalah..

Ini hasil kreativiti dari murid-murid yang tersayang..=)




Tak sabar mereka nak bermain dengan hasil serangga yang mereka cipta tahniah murid-murid kerana berjaya menghasilkan kraf yang menarik..


Isnin, 11 Julai 2011

Animal Stand - Giraffe

Salam 1 Malaysia..

Aktiviti ni sebenarnya dilakukan pada masa tema haiwan liar..minggu ni dah masuk pada tema serangga..tapi disebabkan cikgunya sibuk jadi baru hari ni ada kesempatan nk upload gambar dan aktiviti yang murid buat iaitu stand animal - giraffe..alhamdulillah semua murid dapat membuat aktiviti ni..=)


ini lembaran kerja yang harus cikgu fotostat..kemudian murid dikehendaki mewarna gambar bahagian-bahagian zirafah dan kemudian bahagian zirafah ni akan digunting dan di tampal pada kotak cereal yang tidak digunakan..lepas semua bahagian sudah ditampal, murid dikehendaki gunting semula dan mencantum 2 bahagian yang sama..kemudian potong pada bahagian garisan putus-putus, setelah cantumkan bahagian zirafah ini dengan memasukan bahagian yang potong menjadikan zirafah ini tadi boleh berdiri..



inilah hasil yang murid telah buat..ok tak..sebenarnya banyak lagi stand haiwan yang boleh kita buat dan beri pada murid, dan contoh stand haiwan ini boleh dilayari pada laman web www.crayola.com cubalah teman-teman tentu murid seronok.



Sabtu, 9 Julai 2011

Kongsi Ilmu..

Salam 1 Malaysia,

Sepanjang saya berada di dewan bagi melaksanakan aktiviti untuk pembinaan bahan bantu mengajar ada seorang guru prasekolah Sek. Keb. Kompleks KLIA iaitu Cik Norazila Mohd. Sapian telah menunjuk ajar saya bagaimana dalam membuat bentuk bulatan dengan hanya menggunakan pembaris dan sebatang pensel serta sehelai kertas sahaja..kini baru ku tahu...mari kita lihat gambar dibawah ini..





inilah hasil dapatan yang saya dapat berkongsi pada rakan-rakan lain..terima kasih pada cikgu Norazila yang sudi memberi izin saya untuk berkongsi info ini pada kawan-kawan lain..=)