CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 28 September 2012

Sukaneka Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah akhirnya...berjaya juga menjalankan aktiviti sukaneka prasekolah peringkat sekolah. Sukaneka ini join sekali dengan sekolah. Seronok melihat keletah murid ketika bertanding sesama mereka. Saya telah melatih mereka terlebih dahulu sebelum sesi pertandingan yang sebenar..Latihan yang saya jalankan pada mereka selama 3 minggu. Mereka berlatih sukaneka membawa bola pingpong dalam sudu, Menyusun tin ikut urutan nombor dan akhir sekali sukaneka memancing ikan. Di bawah ini, saya upload semasa pertandingan sukaneka berlangsung.














Terima kasih kepada waris yang sudi membantu menjayakan sukaneka prasekolah ini. Tanpa bantuan dan sokongan mereka sudah pasti mini sukaneka ini tidak berjalan lancar. Tahniah kepada semua permataku yang menjayakan sukaneka ini. Semua dapat hadiah yang besar kan!!




Jumaat, 7 September 2012

Parts of Plant Worksheet

Salam 1 Malaysia,

             Di sini saya ingin berkongsi lembaran kerja yang bertemakan bunga. Lembaran ini saya dapat dari sebuah laman web http://homeschoolcreations.com . Jika dilihat dalam laman web tersebut banyak lembaran yang berkaitan dengan tema tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Inggeris. Boleh download free setiap part 1 sampai bonus pack. Di bawah adalah sebahagian lembaran kerja yang terdapat dalam part 2 dalam bentuk pdf.


               Saya gunakan lembaran ini dengan membuat aktiviti tampalan. Murid menggunting setiap perkataan dan gambar pokok bunga dan kemudian mencantum semula dan di tampal pada kertas warna supaya kelihatan menarik dan kemas. Dan hasilnya seperti gambar di bawah:


               Ini adalah hasil yang terbaik, saya rasa cikgu mungkin ada banyak lagi idea yang lebih baik dan hebat dari saya. Maaf sekiranya ada kekurangan. Saya cuma berkongsi..apa yang baik cikgu-cikgu boleh ambil idea ini dan tambah baik lagi. Terima kasih..




Rabu, 5 September 2012

Bunga Daisy

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti hari ini membuat kraft bunga daisy..,aktiviti saya dapat pada sebuah laman web yang menunjukkan cara membuat bunga daisy. Tapi bagi mempercepatkan proses P&P saya telah menggunting siap-siap template bunga daisy yang saya ambil dari laman web tersebut. Murid hanya melipat dan menampal dan menjadikannya bunga daisy yang di letak di dalam cawan milo (dijadikan sebagai pasu bunga ). Lihat cara-caranya dan gambar di bawah..

Template bunga daisy

gunting dan lipat bahagian tengah untuk dijadikan kelopak bunga

ini kertas warna yang dilipat untuk dijadikan sebagai batang pokok bunga daisy

cara melipat daun

ini caranya melipat untuk mendapatkan hasil yang seperti dibawah

Ini daun yang telah dilipat tadi menjadi seperti ini

Letak di dalam cawan kertas terpakai

Inilah hasil yang berjaya dibuat oleh murid, Tahniah!!!

Bunga Matahariku

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah kembali semula bersekolah selepas cuti sekolah selama 1 minggu, minggu ini tema bunga-bungaan murid di ajar membaut aktiviti kraft kreatif bunga matahari. Aktiviti ini memerlukan warna pensil, gunting, dan kertas lembaran gambar bunga matahari.. murid dikehendaki menampal dan mencantum gambar bunga matahari dengan betul.


Lembaran kerja warna gambar  bunga matahari
Add caption
Add caption
Ini antara hasil kerja murid yang telah berjaya melaksanakan kraft kreatif

Tahniah kepada yang berjaya menghasilkan kerja yang diberi..

Sabtu, 18 Ogos 2012

Hadiah @ Goodies to My Sweet Childrens

Salam 1 Malaysia,

             Sempena hendak menyambut lebaran..murid-murid diberi cenderahati @ goodies. Goodies itu disediakan adalah kerana sepanjang bulan Ramadhan murid-murid tidak diberi makan.. kerana mereka diajar untuk menghormati bulan Ramadhan. Alhamdulillah sepanjang mereka berpuasa tiada sebarang masalah yang timbul, masing-masing boleh memberi komitmen dan tanggungjawab dalam berpuasa walaupun ada dikalangan mereka yang berpuasa hanya sekerat hari..tapi takpe itu sebagai latihan untuk mereka belajar berpuasa..Goodies ini sebagai inisiatif guru untuk menghargai dan hadiah kepada murid yang telah berjaya berpuasa. Goodies itu telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Pn. Hajah Norma Ahmad dan Ustazah mereka iaitu Pn. Noor Hafizah Md. Razi..












Cerianya mereka bila mendapat goodies tu..Selamat Bercuti dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kamu semua berhati-hati dan come back to school after Eid in one piece ok...


Kad Raya Ketupat & Pelita

Salam 1 Malaysia,

             Ada satu lagi aktiviti sebelum cuti sekolah bermula, aktiviti membuat kad hari raya..al-maklumlah hari raya sudah hampir tiba.. Lembaran kad raya ni saya lukis pada kertas A4 dan jadikan bentuk pelita dan ketupat. Mereka membuat kolaj bagi menghasilkan kad raya kreatif. Pada awalnya hendak ajar mereka membuat quiling dengan menggunakan kertas warna yang telah siap saya gunting..namun bila memikirkan masa tidak mencukupi saya mengarahkan murid membuat aktiviti kolaj. Menarik juga bila dilihat pada hasilnya..

Tadaaaa.....inilah hasil kerja tangan mereka..cantikkan...( ^_^ )_v!!!!

Ini hasil kerja murid yang terbaik oleh adik Noor Balqis Natrisya


Sampul Duit Raya

Salam 1 Malaysia,

             Today is last puasa..baru ada kesempatan nak upload picture & aktiviti yang tekah dijalankan sebelum cuti sekolah sempena Hari Raya. Nak share aktiviti buat sampul raya..sampul raya tu dapat dari Cikgu Dayat Shahid..copy dan fotostat untuk murid warnakan..

Hasil kerja murid..tahniah..

hasil yang terbaik oleh adik Nurkaisah - front page

back page

hasil dari guru untuk BBM -front page

back page

hasil dari PPM - front page

back page

Tahniah kepada semua muridku yang telah berjaya menghasilkan sampul duit raya itu...