CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 15 Oktober 2012

Mari Anyam Tikar

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga update blog ni. Aktiviti yang saya masukkan ini adalah aktiviti pada tema yang lepas iaitu Tema Kraft Tradisional. Pada hari tersebut murid di ajar cara menganyam tikar yang diperbuat daripada kertas warna dan kertas A4 putih. Murid menjalankan aktiviti ini bersama dengan bimbingan guru.

Aktiviti anyaman tikar kertas bersama guru

Murid menjalankan aktiviti secara individu

Tekun mereka melaksanakan tikar anyaman mereka

Kertas warna yang telah disedia potong oleh guru untuk murid
Inilah hasil kerja mereka, cantik dan menarikkan?!

Puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri

Ini salah satu hasil yang terbaik dan kemas. Tahniah Fadzrul..
Alhamdulillah inilah hasil yang dapat lakukan. Semuanya cantik. Tahniah kepada semua muridku.

Rabu, 10 Oktober 2012

Kraft Batik Lukis

Salam 1 Malaysia,

             Hari ini mengajar murid bermain dengan warna air. Murid hari ini di ajar membuat kraft batik lukis. Alhamdulillah semuanya berjaya, di tambah pada hari ini juga, saya dicerap oleh dua orang guru iaitu Guru Besar dan GPK 1. Berdebar juga rasanya, almaklumlah dah lama tidak dicerap. Bila dicerap tu cakap pun boleh tersasul ehhheee. Yang bagusnya bila dicerap ini, kita tahu kelemahan kita masa mengajar. Di samping kita pun belajar. Sekurang-kurangnya bila mendapat teguran tidaklah mengulangi perkara yang sama ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Ermm dah macam ayat assignment pula...Oklah...apa yang penting, murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Bukan selalu aktiviti menggunakan warna air di jalankan. Lihat kepada kesesuaian juga. Di bawah adalah sebahagian gambar batik lukis tangan yang dibuat oleh murid.






Cantikkan hasilnya, walaupun nampak comot sikit..yang penting hasil itu mereka buat sendiri. Nampak keasliannya. Saya bimbing mereka buat dengan warna kesukaan mereka. Itu yang nampak keasliannya.

ini contoh bbm oleh cikgu batik lukis tangan

Isnin, 8 Oktober 2012

Kraft Tradisional Melayu

Salam 1 Malaysia,

Hari ini aktiviti memperkenalkan kraft tradisional Melayu. Saya mengambil bahan daripada internet untuk dijadikan BBM, disamping membawa bahan maujud yang sebenar untuk ditunjuk kepada murid-muridku

kain batik

wau

batik lukis

labu sayong

ukiran kayu

Ini adalah sebahagian contoh yang saya ambil dari internet. 






Khamis, 4 Oktober 2012

Persembahan Konvo Pra

Salam 1 Malaysia,

Ermm..hari ini agak keletihan sedikit almaklumlah sibuk dengan melatih murid prasekolah menari untuk persembahan konvokesyen mereka. Persembahan yang simple sangat. Buat tarian bollywood lagu "aajkal tere mere pyar ke charche" dari filem lama Brahmachari

Ini filem hindustan, sebagai panduan untuk tarian bollywood prasekolah. Ajar yang langkah-langkah yang mudah untuk murid. Itupun agak sukar bagi mereka hendak menari. Tapi insyaAllah ada masa lagi..saya cuba lihat video tarian dari tadika dan prasekolah lain melatih muridnya menari bollywood seperti video di bawah:




Lihat video di atas ini, barulah saya dapat panduan sedikit hendak melatih murid menari. InsyaAllah boleh..




Jumaat, 28 September 2012

Sukaneka Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah akhirnya...berjaya juga menjalankan aktiviti sukaneka prasekolah peringkat sekolah. Sukaneka ini join sekali dengan sekolah. Seronok melihat keletah murid ketika bertanding sesama mereka. Saya telah melatih mereka terlebih dahulu sebelum sesi pertandingan yang sebenar..Latihan yang saya jalankan pada mereka selama 3 minggu. Mereka berlatih sukaneka membawa bola pingpong dalam sudu, Menyusun tin ikut urutan nombor dan akhir sekali sukaneka memancing ikan. Di bawah ini, saya upload semasa pertandingan sukaneka berlangsung.














Terima kasih kepada waris yang sudi membantu menjayakan sukaneka prasekolah ini. Tanpa bantuan dan sokongan mereka sudah pasti mini sukaneka ini tidak berjalan lancar. Tahniah kepada semua permataku yang menjayakan sukaneka ini. Semua dapat hadiah yang besar kan!!




Jumaat, 7 September 2012

Parts of Plant Worksheet

Salam 1 Malaysia,

             Di sini saya ingin berkongsi lembaran kerja yang bertemakan bunga. Lembaran ini saya dapat dari sebuah laman web http://homeschoolcreations.com . Jika dilihat dalam laman web tersebut banyak lembaran yang berkaitan dengan tema tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Inggeris. Boleh download free setiap part 1 sampai bonus pack. Di bawah adalah sebahagian lembaran kerja yang terdapat dalam part 2 dalam bentuk pdf.


               Saya gunakan lembaran ini dengan membuat aktiviti tampalan. Murid menggunting setiap perkataan dan gambar pokok bunga dan kemudian mencantum semula dan di tampal pada kertas warna supaya kelihatan menarik dan kemas. Dan hasilnya seperti gambar di bawah:


               Ini adalah hasil yang terbaik, saya rasa cikgu mungkin ada banyak lagi idea yang lebih baik dan hebat dari saya. Maaf sekiranya ada kekurangan. Saya cuma berkongsi..apa yang baik cikgu-cikgu boleh ambil idea ini dan tambah baik lagi. Terima kasih..




Rabu, 5 September 2012

Bunga Daisy

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti hari ini membuat kraft bunga daisy..,aktiviti saya dapat pada sebuah laman web yang menunjukkan cara membuat bunga daisy. Tapi bagi mempercepatkan proses P&P saya telah menggunting siap-siap template bunga daisy yang saya ambil dari laman web tersebut. Murid hanya melipat dan menampal dan menjadikannya bunga daisy yang di letak di dalam cawan milo (dijadikan sebagai pasu bunga ). Lihat cara-caranya dan gambar di bawah..

Template bunga daisy

gunting dan lipat bahagian tengah untuk dijadikan kelopak bunga

ini kertas warna yang dilipat untuk dijadikan sebagai batang pokok bunga daisy

cara melipat daun

ini caranya melipat untuk mendapatkan hasil yang seperti dibawah

Ini daun yang telah dilipat tadi menjadi seperti ini

Letak di dalam cawan kertas terpakai

Inilah hasil yang berjaya dibuat oleh murid, Tahniah!!!