CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 1 November 2011

Kursus P & P dan Pengurusan Stok Barang.

Salam 1 Malaysia,

             Semalam dari pukul 7.30 pagi gerak ke PPD Jempol Jelebu ada kursus..itu pun tau ada kursus petang Jumaat penyelaras sendiri telefon sekolah..alhamdulillah nasib baik masa tu tak balik lagi..al-maklumlah dah pukul 4 petang..kursus ni mulanya pukul 8 pagi ~ 4 petang, seharian di bilik seminar tu tak boring...input dan ilmu yang dapat pada kursus itu memang sangat bermanfaat untuk guru-guru prasekolah..banyak benda nak dikemas kini setelah dapat maklumat baru ni..

contoh contoh kraft dari pinggan kertas
contoh kraft haiwan daripada pinggan kertas...
Contoh cara nak buat kipas terbang
sing a song..HELLO Song
             Actually, banyak lagi sebenarnya gambar nak di ambil tapi tak sempat..sebabnya banyak juga aktiviti yang dijalankan..macam kraft yang kami buat..jadi dari ilmu yang saya dapat ni boleh lah tunjuk ajar kat anak murid..tentu diorang suka..
            Heheh masa pagi tadi pun, diaorang dah nampak kraft tu pun diaorang dah tak sabar nak buat..'cikgu bila nak ajar kami buat gajah tu?"..
           ( - - )' ermmmmm insyaAllah..jawabku...( pinggan kertas tak beli lagi.....)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan