Salam 1 Malaysia,
Semalam ajar murid buat kertas terbang..nak bagi mereka hilang penat berlatih nyanyi..minggu ni sibuk dok melatih murid nyanyian gerakan untuk persembahan masa Hari Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011
( Konvokesyen ).
Ok..saya nak tunjuk cara-cara membuat kipas terbang..bahan-bahan yang diperlukan kertas A4, gunting dan warna pensel @ crayon..
Cara-cara membuatnya..sila rujuk gambar dibawah ini..tengok dan buat tau...(^_^)
 |
| lipat sebahagian daripada kertas A4 ni.. | |
 |
| Gunting bahagian kertas A4 yang telah dilipat tadi |
 |
| Kemudian lipat kepada dua bahagian spt di atas |
 |
| Dan ini hasil daripada lipatan dua tadi |
 |
| Setelah itu, lipat dua cuma sebahagian sahaja spt di atas ye.. |
 |
| Lepas itu lipat lagi dalam 1 cm sahaja selepas lipat yang mula-mula tadi |
 |
| Dan kemudian gunting sebahagian sahaja untuk dijadikan bilah kipas pada garisan lipatan yang mula-mula tadi. |
 |
| Setelah gunting bahagian bilah kipas itu, gunting sedikit bahagian bawah pada garisan lipatan yang kedua pula kiri dan kanan |
 |
| Setelah menggunting bahagian tepi kiri dan kanan tadi..perlu dilipat ke bahagian dalam spt gambar di atas |
 |
| Dan ini hasil lipatan kiri dan kanan pada bahagian bawah bilah kipas terbang |
 |
| Dan ianya akan jadi spt gambar di atas |
 |
| Selesai menggunting dan melipat, bolehlah lukis bilah kipas terbang tadi ikut kreativiti masing-masing |
 |
| Setelah lukis bolehlah diwarnakan bilah kipas itu dengan cantik.. |
 |
| Dan nah ini hasil kerja murid dengan kreativiti masing-masing.. |
|
|
|
Kipas terbang ini boleh dilepaskan dengan memegang bahagian 1 cm yang telah dilipat tadi..ianya akan berpusing cam kipas..semua murid saya gembira dan seronok dengan melepaskannya jatuh ke bawah lantai..
Selamat mencuba....!!!!
Informasi yang bagus & kreatif...teruskan update..
BalasPadam